HOME | GALERI | MISTIK
Custom Search

SELAMAT DATANG.

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pengunjung blog Anok Pahang. Blog ini bertujuan mengupas isu-isu semasa dan sejarah berkaitan anak-anak kelahiran Pahang. Tidak dilupakan para pejuang bangsa yang telah bermatian menumpahkan darah semata-mata untuk mempertahankan tanah air yang tercinta. Jika anda ada sebarang cadangan atau sebarang maklumat yang mahu dikongsikan bersama, harap dapatlah menghubungi saya. Semoga dengan bantuan dan maklumat anda, blog ini dapat mencapai matlamatnya. Selamat bertandang.

Sunday, April 26, 2009

Salam pembuka.

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pelawat blog Anok Pahang ini.
Saya terpanggil untuk mewujudkan blog ini atas rasa keperihatinan sebagai anak negeri yang cintakan sebuah negeri yang bernama Pahang Darul Makmur.

Pada mulanya, saya hanya aktif dalam forum berkaitan negeri Pahang. Melalui forum-forum tersebut, saya terbaca beberapa topik dan kupasan berkaitan anak negeri dan kejayaan yang negeri ini kecapi.

Lebih menarik lagi apabila perbincangan berkaitan asal-usul dan sejarah Negeri Pahang ini. Kebetulan saya amat meminati sejarah, maka ianya amat menarik minat saya untuk berkongsi dan memperbaiki fakta sejarah berkaitan Negeri ini yang telah di salah tafsir oleh segelintir forumer.

Maka di sini, saya ingin berkongsi segala maklumat, infomasi, perkembangan terkini hatta sejarah Negeri Pahang Darul Makmur dengan seluruh pelawat internet. Sekian, salam perkenalan.

No comments:

Post a Comment